Thursday, December 11

Tips Temuduga Penolong Jurutera JA29


Ramai yang ingin memasuki sektor kerajaan, kerana banyak peluang yang ditawarkan dalam sektor kerajaan tidak terdapat dalam sektor swasta. Antara yang menjadi rebutan adalah kadar kenaikan gaji sektor kerajaan yang menarik dan tinggi setiap tahun, skim pencen sektor kerajaan dan banyak lagi. Antara perkara yang anda perlu lakukan untuk memasuki sektor kerajaan adalah, lulus exam SPA sektor kerajaan dan berjaya dalam temuduga kerajaan.

Khusus kepada meraka yang bakal menjadi calon Temuduga Penolong Jurutera JA29, sedikit tips temuduga kerajaan Penolong Jurutera JA29 saya akan berikan kepada anda. Apapun, perkara paling asas dalam temuduga sektor kerajaan ini adalah maklumat jawatan Penolong Jurutera JA29 ini. Berikut adalah maklumat jawatan;

1) Penolong Jurutera termasuk dalam kumpulan sokongan dalam pelbagai kementerian.

2) Gaji minimum adalah RM1751 dan kenaikan setiap tahun adalah RM145. Sangat lumayan dan berbaloi.

3) Syarat Lantikan
  • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau                                                     [ Gaji Permulaan: RM1,417.59 ]
  • Diploma dalam bidang Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,826.02 ]
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i. mempunyai kelayakan di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas:



Melaksanakan projek-projek bangunan Kerajaan dan jalan-jalan raya serta kerja penyelenggaraan, merancang strategi pelaksanaan operasi serta penjadualan kerja-kerja, membahagi kerja serta membimbing kakitangan mengenai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan, menyelenggara serta membuat keputusan berdasarkan kepada peruntukan yang diluluskan dan membantu tugas-tugas menderaf plan, lukisan teknikal dan plan ‘lay-out'.

Ketika ditemuduga nanti, pastikan anda faham berkenaan dengan tugas, deskripsi tugas dan lain-lain lagi untuk memudahkan anda menjawab soalan temuduga nanti.

Cuba sehabis baik dan teruskan usaha.

Saya sarankan 7 soalan yang sering ditanya ketika temuduga kerja kerajaan ini untuk panduan anda. Ianya sangat membantu. Jika anda berminat untuk mendapatkan 7 Soalan yang sering ditanya ketika di temuduga ini, boleh dapatkan dengan memberikan email anda dalam ruangan di bawah.


E-mail address (Sila Sahkan Email Anda!)



Semoga berjaya dalam temuduga anda, banyakkan doa dan sentiasa cuba yang terbaik.

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates