Tuesday, July 19

3 Cara Pendaftaran PTPTN online

Artikel ini khusus untuk mereka yang ingin membuat pendaftaran PTPTN online. PTPTN merupakan salah satu alternatif kepada pinjaman pendidikan yang ada di Malaysia ini. Banyak sebenarnya pinjaman pendidikan lainnya dan tidak kurang juga biasiswa yang ada di Malaysia. Apapun, tidak salah untuk anda memohon PTPTN dan pada masa yang sama memohon pinjaman atau biasiswa lainnya. Kerana anda masih boleh cancel pembiayaan PTPTN anda pada bila-bila masa apabila telah mendapat biasiswa atau pinjaman pendidikan lainnya.

ptptn

Pendaftaran PTPTN secara online – apa yang perlu anda tahu

Mahu atau tidak, apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan pendaftaran online dengan PTPTN ini? Jadi artikel pada kali ini, saya nak berikan beberapa info penting khusus untuk memberikan pendedahan kepada anda untuk membuat pendaftaran PTPTN secara online dan beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu.

Untuk membuat pendaftaran PTPTN, wajib kena ada akaun SSPN ataupun akaun SSPN-i. SSPN-i adalah penambahbaikan daripada SSPN dan ada beberapa faktor menarik lain yang ada pada akaun SSPN-i seperti manfaat takaful, kematian dan lain-lain lagi. Apapun, kalau anda ingin mendaftar PTPTN, anda perlu ada akaun SSPN-i. Lagi satu berita baik, anda boleh membuat pendaftaran SSPN-i secara online. Anda boleh ke LINK INI untuk mendaftar SSPN-i secara online.

Dah daftar akaun secara online? Langkah seterusnya adalah anda perlu untuk mendapatkan No PIN daripada BSN. Anda boleh dapat No PIN daripada BSN ini khusus untuk pendaftaran PTPTN. Caranya, pergi ke kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional dan anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM5. Tempoh sah sehingga 6 bulan daripada tarikh pembelian. Salain daripada kaunter BSN, anda juga boleh mendapatkan No PIN daripada mesim ATM BSN. Tetapi, lebih mudah untuk anda pergi sahaja ke kaunter untuk mendapatkan NO PIN tersebut.

Kalau dah ada no akaun SSPN-i dan dah ada No PIN BSN ini, langkah seterusnya adalah untuk anda membuat pendaftaran secara online di pautan INI. Follow step-step yang ada, pastikan semua maklumat betul dan yang lebih penting adalah pastikan anda menggunakan email yang betul ketika mengisi maklumat di pautan tersebut. Segala pengesahan sama ada permohonan anda diterima atau ditolah akan diberikan melalui email, sebab itu email adalah sangat penting.

Permohonan PTPTN kali ke 2

Untuk permohonan PTPTN kali ke 2, sudah pasti anda tidak perlu membuat akaun SSPN kerana anda sudah mempunyai akaun SSPN. Oleh itu, anda hanya perlu login masuk ke laman PTPTN ini.

Pastikan jangan lupa Login id dan password. Bila dah login, anda bolehlah buat pendaftaran baru dan hantar permohonan anda.

Sistem Online memudahkan

Dengan adanya sistem online ini telah sedikit sebanyak memudahkan proses pendaftaran PTPTN online. Terutama sekali dengan adanya sistem pendaftaran SSPN-i secara online. Banyak perkara jadi mudah dan untuk ini memang saya ucapkan tahniah kepada pihak PTPTN kerana memudahkan urusan. Kepada anda juga, semoga berjaya dalam permohonan PTPTN.

ps : Kalau dah pinjam PTPTN, jangan lupa bayar balik, sebab kalau tak banyak nanti nama akan masuk CCRIS.

The post 3 Cara Pendaftaran PTPTN online appeared first on Myportal21.


via 3 Cara Pendaftaran PTPTN online

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates