Tuesday, July 19

Permohonan biasiswa PTPTN untuk master dan degree

Kali ini saya nak berikan info berkenaan dengan permohonan biasiswa PTPTN untuk beberapa kategori utama termasuklah diploma, degree dan master. Tetapi sebelum saya pergi lebih detail, sebenarnya betul ke ada biasiswa PTPTN ini? Memang betul ke ada pinjaman PTPTN untuk master, dergee dan diploma?

ptptn

Apa itu sebenarnya biasiswa PTPTN

PTPTN menawarkan pakej yang lebih baik daripada sekadar pinjaman semata-mata. Apa yang anda perlukan adalah penerima mendapat kepujian kelas pertama bagi Ijazah Sarjana Muda.

Penerima biaya yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan Senat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Mengikuti kursus secara sepenuh masa.

ii. Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen tawaran pembiayaan PTPTN.

iii. Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

iv. Penerima biaya hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalamtempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

v. Kursus yang diikuti oleh penerima biaya di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Maklumat lanjut di SINI 

Jadi, anda sebenarnya masih layak untuk mendapat biasiswa PTPTN ini atau dengan kata lain pengecualian pembiayaan PTPTN ini dengan syarat anda mendapat ijazah kelas pertama iaitu CGPA 3.75 – 4.00. Dengan itu barulah anda layak mendapat pengecualian pembiayaan PTPTN ini.

Cara memohon pinjaman PTPTN untuk diploma, master dan degree

Walaupun anda memohon pinjaman diploma, anda masih boleh lagi mendapatkan pengecualian pembiayaan dengan syarat anda mendapat ijazah kelas pertama. Apapun, untuk memudahkan anda, saya ingin berkongsi juga cara untuk memohon pinjaman PTPTN untuk kategori diploma, master dan degree kalau-kalau anda memang ingin mencari cara untuk membuat permohonan pinjaman tersebut.

Pendaftaran PTPTN secara online

Mahu atau tidak, apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan pendaftaran online dengan PTPTN ini? Jadi artikel pada kali ini, saya nak berikan beberapa info penting khusus untuk memberikan pendedahan kepada anda untuk membuat pendaftaran PTPTN secara online dan beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu.

Untuk membuat pendaftaran PTPTN, wajib kena ada akaun SSPN ataupun akaun SSPN-i. SSPN-i adalah penambahbaikan daripada SSPN dan ada beberapa faktor menarik lain yang ada pada akaun SSPN-i seperti manfaat takaful, kematian dan lain-lain lagi. Apapun, kalau anda ingin mendaftar PTPTN, anda perlu ada akaun SSPN-i. Lagi satu berita baik, anda boleh membuat pendaftaran SSPN-i secara online. Anda boleh ke LINK INI untuk mendaftar SSPN-i secara online.

Dah daftar akaun secara online? Langkah seterusnya adalah anda perlu untuk mendapatkan No PIN daripada BSN. Anda boleh dapat No PIN daripada BSN ini khusus untuk pendaftaran PTPTN. Caranya, pergi ke kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional dan anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM5. Tempoh sah sehingga 6 bulan daripada tarikh pembelian. Salain daripada kaunter BSN, anda juga boleh mendapatkan No PIN daripada mesim ATM BSN. Tetapi, lebih mudah untuk anda pergi sahaja ke kaunter untuk mendapatkan NO PIN tersebut.

Kalau dah ada no akaun SSPN-i dan dah ada No PIN BSN ini, langkah seterusnya adalah untuk anda membuat pendaftaran secara online di pautan INI. Follow step-step yang ada, pastikan semua maklumat betul dan yang lebih penting adalah pastikan anda menggunakan email yang betul ketika mengisi maklumat di pautan tersebut. Segala pengesahan sama ada permohonan anda diterima atau ditolah akan diberikan melalui email, sebab itu email adalah sangat penting.

Sekali lagi, link pendaftaran SSPN-i di SINI dan link pendaftaran PTPTN di SINI. Pastikan anda membuat pendaftaran SSPN-i terlebih dahulu dan mempunyai No PIN PTPTN daripada BSN sebelum mendaftar PTPTN secara online.

The post Permohonan biasiswa PTPTN untuk master dan degree appeared first on Myportal21.


via Permohonan biasiswa PTPTN untuk master dan degree

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates