Sunday, September 18

Takaful Pendidikan Anak Terbaik

Ramai yang mencari takaful pendidikan anak terbaik kerana sedar akan pertingnya takaful pendidikan untuk anak-anak. Kalau nak ikutkan, sekarang ini sudah banyak takaful pendidikan yang ada di pasaran dan kali ini saya nak berikan review saya tentang beberapa takaful pendidikan yang ada bagi membantu anda memilih yang terbaik.

Ciri penting pada takaful pendidikan yang komprehensif adalah untuk memberikan perlindungan dan pada masa yang sama memberikan simpanan yang boleh digunakan semasa besar nanti. Jika ada 2 kompenan basic ini, memang berbaloi untuk ambil takaful tersebut.

img-20160821-wa0016

Kenapa Takaful Pendidikan adalah yang terbaik untuk anak?

Nak tahu sebabnya kenapa takaful pendidikan adalah yang terbaik untuk anak? Sebab ada beberapa instrumen untuk simpanan terutama untuk anak-anak. Boleh tengok jadual di bawah untuk maklumat lanjut;

Oleh sebab itu, pakej terbaik adalah yang mempunyai 2 fungsi iaitu simpanan dan pendidikan. Jadi, ada beberapa pakej yang mempunyai fungsi seperti ini yang memang saya rekemen kepada anda untuk ambil. Dengan adanya pakej seperti ini, sedikit sebanyak membantu simpanan untuk masuk ke alam universiti nanti dan pada yang sama memberikan sedikit perlindungan kepada anak anda. Ada juga pakej yang lebih menarik yang memberikan perlindungan kepada penjaga.

Pernah dengar berkenaan dengan SSPN i Plus? Nama penuhnya adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang ditubuhkan oleh pihak PTPTN dengan tujuan untuk menyediakan pelan simpanan pendidikan untuk anak ketika masuk ke universiti nanti. Kalau nak ikutkan, faktor ekonomi yang semakin meruncing sekarang ini memang memerlukan seseorang untuk merancang kewangan dengan betul termasuklah kewangan dan simpanan pendidikan untuk anak-anak. Dengannya, anak-anak nanti tidaklah perlu untuk terlalu bergantung kepada biasiswa ataupun pinjaman PTPTN kerana sudah mempunyi simpanan pendidikan sendiri.

Produk ini juga datang dengan beberapa manfaat takaful yang bagus dan pampasan yang setanding dengan pakej lain di luar sana. Tak percaya boleh tengok jadual di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Pulangan pelaburan juga adalah antara yang tertinggi dan yang paling penting sekali adalah, segala simpanan di dalam SSPN i plus adalah dijamin kerajaan. Yang paling bagus sekali adalah, simpanan SSPN ini mendapat rebat cukai daripada kerajaan. Sesiapa yang rasa kena bayar cukai yang besar setiap tahun ni, memang sesuai untuk menyimpan di SSPN i plus kerana anda boleh memperolehi cukai sehingga RM6000. Banyak tu dan memanglah berbaloi.

manfaat sspn

SSPN i Plus adalah antara yang termurah di antara yang ada di pasaran kerana anda boleh memulakan simpanan serendah RM30/bulan dan mendapat manfaat takaful. Syarikat takaful lain ada yang mengenakan RM150/bulan minimum sebagai syarat untuk membuka akaun dengan mereka. Ianya adalah takaful pendidikan anak terbaik pada masa ini.

Membuka Akaun Dengan SSPN i Plus

Kini dengan SSPN i Plus, segala bentuk pendaftaran boleh dilakukan secara online. Tidak perlu lagi untuk anda mendaftar hanya dengan agen-agen bank terpilih sahaja. Ianya menjadikan SSPN i Plus sesuatu yang mudah. Lebih menarik lagi, anda boleh akses akaun anda secara online dan monitor simpanan anda secara online juga. Anda boleh ke LINK INI untuk membuka akaun simpanan SSPN i PLUS.

Apapun, banyak manfaat yang bakal anda perolehi dengan membuka akaun SSPN i Plus ini. Bagi saya yang paling penting sekali adalah kelebihan simpanan dan perlindungan yang ditawarkan. Ianya adalah antara yang termurah dan terbaik di pasaran kerana mendapat jaminan daripada kerajaan. Ianya tidak lain adalah takaful pendidikan anak terbaik pada masa ini.

The post Takaful Pendidikan Anak Terbaik appeared first on Myportal21.


via Takaful Pendidikan Anak Terbaik

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates