Sunday, October 23

4 Tips Pengecualian Cukai Pendapatan Individu

Beberapa tips pengecualian cukai pendapatan bagi individu memang anda boleh lakukan dan ianya adalah selari dengan undang-undang. Yang paling penting sekali adalah, langkah-langkah dan rancangan anda untuk mendapatkan yang terbaik dalam mendapat rebat atau pengecualian cukai tersebut.

Saya juga seperti anda, cuba mencari jalan dan alternatif terbaik untuk mendapatkan pengecualian atau pelepasan cukai yang akhirnya memberi kelebihan kepada saya dan masih lagi membayar cukai kepada pihak LHDN. Jadi, berdasarkan kepada penggunaan, artikel pada kali ini lebih berfokus kepada tips dan teknik untuk mendapatkan pelepasan cukai untuk individu terbaik.

pelepasan-cukai-pendapatan

4 Tips Termudah untuk mendapat pelepasan cukai pendapatan

Tidak susah untuk mendapat pelepasan ataupuntax examption untuk cukai pendapatan. Untuk memudahkan anda mendapat info berkenaan dengan pelepasan cukai pendapatan, boleh ke SINI untuk info tersebut.

#1 Tips pertama untuk anda mendapat rebet cukai adalah, dengan mendaftar dengan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). SSPN merupakan satu produk yang direka khusus untuk memberikan simpanan pendidikan kepada anak-anak dengan beberapa manfaat yang menarik. Salah satu manfaat yang bakal membantu anda adalah manfaat rebet cukai pendapatan sehingga RM6000 berdasarkan kepada tahun taksiran. Selain cukai, ianya adalah simpanan pendidikan, maksudnya simpanan anda dilindungi dan masih mendapat dividen yang menarik dan terbaik. Anda juga mendapat perlindungan takaful dan medikal kad. Anda boleh memulakan simpanan anda serendah RM30 sebulan.

Memang terbaik, dan satu lagi berita baik untuk anda, SSPN kini mempunyai produk SSPN i Plus yang membolehkan pendaftaran dilakukan secara online sahaja. Untuk mendaftar SSPN i Plus, boleh ke SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dari segi pembayaran juga anda boleh lakukan secara online sahaja.

#2 Tips kedua adalah berkenaan dengan pembelian komputer peribadi sehingga RM3000. Dengan setiap pembelian barangan seperti komputer peribadi dan lain-lain lagi, anda boleh menerima rebet cukai sehingga RM3000. Tetapi, perlu diambil kira juga yang pembelian RM3000 ini anda hanya boleh claim untuk setiap 3 tahun sekali. Boleh ke SINI untuk lihat jenis laptop terbaik yang ada di Lazada untuk anda dapatkan.

#3 Untuk tips ke tiga pula adalah berkenaan dengan pembelian peralatan sukan. Untuk setiap peralatan sukar yang anda beli, anda boleh dapatkan rebet sehingga RM300. Barang apa yang dikategorikan sebagai peralatan sukan? Anda boleh dapatkan reket badminton, kasut sukan, bad pingpong dan lain-lain lagi. Kalau memang anda sebuk dan tiada masa untuk mendapatkan barangan seperti ini, memang tiada masalah untuk dapatkan secara online di Lazada. Anda hanya beli dan kemudian pilih barangan yang bersesuaian dengan anda. Bila dah ada barang yang anda nak beli, barangan itu akan terus sampai ke rumah.

#4 Adalah berkenaan dengan langganan jalur lebar. Atau dalam bahasa mudahnya adalah broadband. Apa yang menarik adalah untuk pakej broadband ini, anda dapat claim sehingga RM500 untuk pakej broadband tersebut. Lagipun banyak pilihan untuk broadband sekarang ini. Kalau anda nak tengok pakej broadband apa yang anda boleh claim dari segi cukai, boleh ke SINI untuk tengok pakej broadband yang bersesuaian dengan anda. Lagipun, yang paling penting sekali adalah, anda boleh gunakan broadband ini untuk tujuan melayari internet dan pada masa yang sama mendapat rebate cukai pendapatan yang maksimum.

Cuba Untuk Mendapatkan Pelepasan Cukai Sebaik Mungkin

Ya, yang paling penting adalah, cuba untuk dapatkan pengecualian cukai sehabis baik. Sebab memang kerajaan memperuntukan beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mendapat pelepasan cukai. Kalau misal kata tak tau nak claim apa, boleh je beli peralatan seperti peralatan sukan di Lazada. Yang paling penting sekali bagi saya mestilah, kalau ada anak-anak tu, gunakan pelepasan cukai terutama SSPN untuk mendapatkan rebet yang lebih baik.

The post 4 Tips Pengecualian Cukai Pendapatan Individu appeared first on Myportal21.


via 4 Tips Pengecualian Cukai Pendapatan Individu

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates