Sunday, October 23

5 Tips Pelepasan Cukai RM10000 Untuk Tahun Taksiran 2016

Ramai yang mencari tips untuk pelepasan cukai pendapatan dan beberapa langkah untuk mengurangkan cukai pendapatan anda. Sebenarnya, banyak cara untuk mengurangkan cukai pendapatan kalau memang anda merancang kewangan anda dengan betul. Jadi, pada kali ini, saya nak tunjukkan beberapa tips untuk anda mengurangkan jumlah cukai yang anda kena bayar pada kerajaan.

Ianya tips yang baik, terutama kalau memang anda merancang kewangan anda dengan betul. Jadi, pada kali ini, saya ingin memberikan sedikit info kepada anda terutama tips-tips berguna berkaitan dengan pelepasan ataau pengecualian cukai pendapatan yang memang anda boleh ambil manfaat daripadanya.

pelepasan-cukai-pendapatan

Apakah senarai barangan yang mendapat pelepasan cukai?

Kalau nak ikutkan, ada banyak cara untuk mendapat pelepasan cukai di Malaysia. Boleh rujuk SINI untuk maklumat lanjut berkenaan dengan info cukai di Malaysia.

Daripada banyak cara yang ada, yang paling menarik sekali adalah berkenaan dengan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Ianya adalah simpanan pendidikan untuk anak anda dan bagaimana ianynya membantu anda untuk mendapat tax examption? Kerajaan memang membuat peruntukan khas bagi individu mengikut tahun taksiran cukai untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM6000 setahun. Menarik bukan, dengan hanya membuat simpanan pendidikan untuk anak, anda mendapat manfaat lain seperti takaful nyawa, dividen simpanan yang agak tinggi, cabutan bertuah yang lumayan dan lain-lain lagi.

Banyak pakej yang ada, yang paling penting sekali adalah ianya memberikan banyak manfaat kepada anda dalam membantu untuk membuat pelepasan cukai. Nak daftar SSPN ini tidak susah, sekarang anda boleh mendaftar online sahaja dan approval pun cuma ambil masa dalam beberapa hari sahaja. Boleh daftar SSPN i Plus di SINI.

Cara kedua adalah pembelian komputer peribadi untuk RM3000. Tuntutan boleh dilakukan untuk 3 tahun sekali. Lagipun, untuk laptop yang berharga RM3000, memang banyak pilihan laptop yang anda boleh dapatkan secara online sahaja. Anda boleh ke Lazada di SINI untuk mendapatkan banyak laptop berkualiti pada harga terbaik di Lazada.

Cara ke tiga adalah, tuntutan untuk pelepasan dalam bentuk cukai untuk barangan sukan RM300. Banyak barangan sukan yang anda boleh claim seperti kasut sukan, reket badminton dan macam-macam lagi. Kalau memang anda seorang yang sibuk dan tiada masa untuk ke kedai-kedai peralatan sukan, memang tiada masalah pun kalau anda membeli peratalan sukan ini secara online sahaja. Beli barangan secara online, barangan yang anda beli tu terus sahaja sampai ke rumah. Yang paling penting sekali, ambil resit atau snap resit pembelian di Lazada sebagai bukti pembayaran. Boleh ke SINI untuk barangan dan pembelian terbaik barangan sukan di Lazada.

Untuk tips ke 4 pula adalah langganan jalur lebar. Ada banyak pakej langganan jalur lebar di Malaysia. Pakej untuk langganan jalur lebar adalah sebanyak RM500 terhad dan bagi saya memang terbaik untuk anda ada pakej jalur lebar sendiri. Kalau anda nak tengok pakej langganan jalur lebar yang ada di pasaran, boleh ke SINI dan untuk pekej langganan jalur lebar murah, boleh ke SINI.

Cuba Untuk Dapatkan Pelepasan Cukai ini sehabis baik

Banyak tips yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan pelepasan atau pengecualian cukai terbaik semaksima mungkin. Bagi saya, gunakanlah semua kesempatan ini untuk anda mendapat pelepasan cukai kerana memang berbaloi untuk anda mendapat semua pelepasan dalam bentuk cukai ini. Yang paling penting adalah, ianya memberikan keuntungan dan faedah kepada anda untuk jangka masa panjang.

The post 5 Tips Pelepasan Cukai RM10000 Untuk Tahun Taksiran 2016 appeared first on Myportal21.


via 5 Tips Pelepasan Cukai RM10000 Untuk Tahun Taksiran 2016

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates