Saturday, January 14

Download Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41

Jika anda inginkan contoh soalan penguasa Kastam WK41 dan anda merupakan calon exam SPA tersebut, memang digalakkan untuk anda dapatkan contoh soalan ini secara percuma. Untuk pengetahuan anda, sejak akhir-akhir ini, memang banyak peperiksaan yang sering dianjurkan oleh SPA terutama kepada graduan yang masih belum bekerja. Kepada anda yang inginkan tips ataupun panduan memnduduki peperiksaan secara online Penguasa Kastam W41, boleh download Contoh Soalan Penguasa Kastam W41 di SINI.

Apa yang penting adalah, untuk anda mahir dan menguasai topik dan soalan yang akan diberikan. Dengan itu, ianya akan memudahkan anda untuk menjawab semua soalan yang diberikan. Selain daripada itu juga, memahirkan diri anda dengan format peperiksaan juga akan sangat membantu untuk berjaya dalam peperiksaan nanti. Apapun, lakukan yang terbaik dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

Format Peperiksaan Exam SPA Penguasa Kastam WK41

Untuk mengetahui format peperiksaan terkini, soalan peperiksaan online pada kali ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian A, bahagian B dan bahagian C.

Bahagian A : Pengetahuan Am
Bahagian B : Daya Menyelesaikan Masalah
Bahagian C : Ujian Psikometrik

Antara cara yang mudah bagi membolehkan anda untuk berjaya lulus dalam peperiksaan ini adalah, dengan perlunya untuk membiasakan diri anda dengan format dan contoh soalan terkini. Apabila anda sudah terbiasa membuat latih tubi, contoh soalan, nota ringkas dan lain-lain, ianya secara tidak langsung membantu anda untuk berjaya dalam peperiksaan ini nantu. Yang lebih penting daripada itu adalah, cuba sehabis baik, gunakan sumber-sumber yang ada bagi membantu anda untuk berjaya dalam peperiksaan ini nanti.

Khusus untuk membantu calon berjaya dalam peperiksaan ini, boleh dapatkan contoh soalan Penguasa Kastam Wk41 ini di SINI.

Bidang Tugas Penguasa Kastam WK41

Penting juga untuk anda tahu apa dia bidang tugas Penguasa Kastam ini. Dengan itu akan lebih mudah untuk anda membuat penilaian dan lebih bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya ketika peperiksaan berlangsung nanti. Adakalanya, memang soalan yang bakal ditanya sangat berkaitan dengan bidang tugas, apapun, berikut adalah bidang tugas yang perlu anda tahu;

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Ada kemungkinan, apabila anda berjaya suksek dalam menjawat jawatan Penguasa Kastam ini, anda hendaklah bersedia ke tempat-tempat yang sememangnya mempunyai pagawai kastam yang ramai. Antara tempat yang mungkin anda dihantar adalah di

1. KLIA
2. Lapangan terbang domestik
3. Sabah dan Sarawak terutama di kawasan sempatan
4. CIQ di Johor yang menghubungkan Singapura dan Malaysia
5. Pelabuhan-pelabuhan yang menjadi tempat kapal berlabuh

Kalau anda tidak kisah dengan semua ini walaupun terpaksa untuk dihantar ke pelabuhan ataupun sempadan di Sabah dan Sarawak, anda memang boleh teruskan niat anda untuk menjawab soalan peperiksaan ini. Cuba sehabis baik sehingga lulus. Kalau misal kata anda tidak sanggup untuk berjauhan dengan keluarga, masih boleh mencuba dan anda masih boleh menolak jika ditawarkan jawatan ini nanti. Walau apapun, jangan berhenti mencuba dan cubalah sehabis baik untuk berjaya dalam pekerjaan yang anda lakukan. Inilah yang penting sekali.

SPA Telus dan Semoga Anda Berjaya

Realiti kini, memang SPA telus dan tidak banyak cerita pasal kabel dan seumpanya untuk lulus. Semua orang mempunyai peluang yang sama tanpa mengira latar belakang keluarga, bangsa dan agama. Apa yang anda kena lalui adalah untuk berjaya dalam peperiksaan online, seterusnya anda boleh ke proses temuduga dan akhir sekali, jika terpilih, barulah boleh menjawat jawatan ini.

Memang semuanya bermula dengan peperiksaan online, kalau misalkata peperiksaan online penguasa kastam. Untuk membantu anda, boleh cuba tengok dulu contoh soalan penguasa kastam WK41 yang kami berikan percuma di SINI. Cuba sehabis baik dan semoga berjaya.

The post Download Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 appeared first on Myportal21.


via Download Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates