Wednesday, February 8

Langkah Dan Cara Membeli di Lazada

Kali ini saya nak tunjukkan cara membeli di Lazada. Bagaimana memilih barangan yang terbaik yang anda mahukan di Lazada, juga cara nak buat pembelian di Lazada. Cara nak membeli di Lazada ini tidaklah susah dan sebenarnya mudah sahaja. Sekali anda tahu macam mana nak buat pembelian di Lazada, selepas itu semuanya jadi mudah dan anda tidak perlu tengok artikel ini lagi bila sudah tahu caranya.

Saya akan cuba menulis artikel yang ringkas dan simple supaya, bila anda habis baca artikel ini, anda boleh terus membuat pembelian di Lazada. Tidak sukar dan semuanya mudah, sekarang ini pun Lazada boleh dikatakan antara laman ecom terbesar di Malaysia dan banyak barangan berkualiti dan bagus yang anda boleh dapatkan di Lazada. Sangat berbaloi untuk anda dapatkan.

kerja part time dari rumah dengan jobdirumah

Apa Yang Anda Perlukan Untuk Membeli di Lazada

  • Yang anda perlukan adalah laptop ataupun smartphone
  • Talian internet
  • Online banking / creadit card

Cukup ada 3 benda ini, anda sudah boleh membuat pembelian di Lazada. Kalau tiada online banking, pakai creadit card pun tidak mengapa kerana Lazada memang menerima bayaran menggunakan creadit card.

Step by step cara membuat pembelian di Lazada

Pertama sekali anda pergi ke laman Lazada dengan KLIK SINI. Pilih barangan yang anda mahukan, anda boleh menggunakan fungsi search ataupun boleh pilih di pilihan kategori yang ada. Contohnya anda boleh search iPhone ataupun boleh pilih kategori yang anda inginkan.

Saya ambil contoh, kalau anda inginkan iPhone, boleh tengok page iPhone ini sebagai contoh.

Tekan Butang Add To Cart

Dah berpuas hati dengan barangan yang anda mahukan? Tekan butang add to cart di bawah ini. Misalkata iPhone tidak cukup dan anda inginkan tambahan barangan lain, boleh pergi ke barangan lain yang anda inginkan dan tekan butang add to cart juga. Contohnya, anda ingin menambah aksaseri untuk iPhone yang anda inginkan itu, tambah sahaja butang add to cart.

Dah berpuas hati dengan apa yang anda mahukan, seterusnya boleh ke butang check out dan lakukan proses pembayaran.

Check Out dan Pembayaran

Bila dah puas hati dengan apa yang anda inginkan, boleh terus ke butang check out. Tetapi kalau anda ada lagi barangan lain yang anda inginkan, boleh tekan continue shopping. Dengan itu anda dah boleh memilih barangan lain yang anda inginlkan.

Dah tekan butang check out, kalau tiada akaun dengan Lazada, kami galakkan untuk anda mendaftar dahulu, kalau sudah ada lagi bagus boleh terus ke proses pembayaran.

 

Untuk proses pembayaran, lebih mudah kalau ada internet banking. Kalau tiada internet banking pula, kad kreadit pun tiada masalah untuk anda gunakan. Anda terus ke proses pembayaran dan bayar amaun yang diminta. Itu sahaja dan proses membeli anda telah selesai. Lazada akan menghantar email kepada anda selepas itu beserta dengan tracking number. Tracking number ini membolehkan anda untuk track di mana barangan yang anda order itu. Mudah kan.

Saya simpulkan cara membeli di Lazada sekali lagi

Pegi ke laman web Lazada SINI

Pilih barang yang anda nak → Add to cart → Check Out → Buat Pembayaran

Itu sahaja yang anda perlu tahu kalau anda nak membeli di Lazada. Untuk memudahkan anda, boleh tengok cara membeli di Lazada di bawah INI.

Harap anda dapat terus berbelanja dengan mudah dan Lazada memang menawarkan banyak barangan pada harga yang murah dan berbaloi. Tak percaya boleh cuba tengok dulu. Untuk info berkenaan dengan Lazada Kupon, boleh ke SINI.

The post Langkah Dan Cara Membeli di Lazada appeared first on Myportal21.


via Langkah Dan Cara Membeli di Lazada

Share This!


1 comment:

  1. bagus cara membeli belah ni, boleh cuba nanti....atau boleh cuba beli barang kat imSold! boleh beli barang murah jugak

    ReplyDelete

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates