Tuesday, July 25

6 Syarat Pemandu Uber – Andalah Orangnya

Sekarang ini sudah ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan dengan menjadi pemandu uber. Tetapi, adakah anda tahu apakah syarat pemandu Uber bagi membolehkan anda memandu Uber dengan selamat dan yang penting tidak melanggar paraturan. Apabila anda sudah tahu, apakah syarat yang sesuai, proses mendaftar akan menjadi lebih mudan dan cepat.

Apabila semuanya lengkah, lagu mudah untuk anda bermula dan dengan itu, anda boleh mula menjana pendapatan dengan Uber.

Apakah Syarat-syarat Penting Tersebut

Nak memandu Uber tidak susah asalkan anda patuh kepada beberapa syarat yang wajib ini. Kalau semua ini anda sudah ada, proses pendaftaran akan menjadi lebih cepat dan pantas. Kalau ada yang tak lengkap tu, baik anda lengkapkan dulu takut-takut nanti ada isu di kemudian hari. Sekarang ini pun, disebabkan oleh undang-undang, syarat menjadi semakin ketat dan kalau anda memang mempunyai niat, daftar cepat-cepat sekarang.

Apa yang anda perlu ada adalah;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kereta yang berumur tidak lebih dari 8 tahun dari tahun anda beli. Kalau kereta yang dah terlalu lama tu memang dah tidak boleh untuk mendaftar dengan uber.
  3. Kereta yang mempunyai 4 pintu.
  4. Berumur 21 tahun dan ke atas.
  5. Nama anda adalah di dalam covernote insurans, dengan itu lebih mudah untuk mendaftar.
  6. Akaun email yang aktif – ini adalah asas dalam mana-mana pendaftaran.

Ramai yang bertanya berkenaan dengan kereta, tiada masalah juga kalau anda menggunakan MPV kerana memang ada Uber khas menggunakan MPV. Kalau anda inginkan MPV anda sebagai Uber pun tiada masalah kerana ianya memang termasuk dalam syarat.

Kalau kesemua syarat ini anda sudah lepas, jadi memang lebih mudah dan cepatlah pendaftaran anda. Untuk mendaftar pun tak susah kerana sekarang ini sudah ada pendaftaran yang anda boleh lakukan secara online. Boleh rujuk LINK ini untuk mendaftar dan ianya memang lebih mudah kalau semua dokumen anda sudah lengkap.

Tips Untuk Menjadi Pemandu Berjaya

#1 Yang pertama tentunya rajin. Kalau anda malas, memang susah untuk sukses. Usaha keras dan mengikut kepada trend yang anda inginkan. Memang kena berusaha bersungguh-sungguh terutama kalau anda ingin secara serious dalam menjadi seorang driver Uber ini.

#2 Ramah mesra pun antara faktor yang membolehkan seseorang itu berjaya dalam menjadi pemandu Uber. Memang kena ramah sebab pengguna akan berikan rating kepada anda. Kalau boleh sentiasa pandai berbual dan pandai ambil hati. Ini adalah antara beberapa tips penting untuk sukses.

#3 Elemen Suprise pun penting juga. Sebagai contoh anda sediakan air di tempat duduk belakang yang anda tidak kenakan sebarang cas kalau pengguna meminumnya. Juga gula-gula di tempat penumpang. Dengan ini akan menaikkan rating anda dan membolehkan anda untuk kekal lama memandu dan menjadi Uber driver.

#4 Kereta Bersih dan kemas. Memang kalau menjadi pemandu ini, kereta kena bersih dan kemas. Kena siap sedia dengan vacuum kereta bagi membolehkan anda dengan kerap memvacuum kereta anda. Tidak semestinya kena ke car wash baru boleh vacuum kereta, buat sendiri pun boleh dan lebih jimat. Cuma, kalau tak sempat tu, boleh basuh bahagian luar kereta dahulu. Apapun, cuba daftar dahulu dan lihat sama ada anda dapat menjadi pemandu atau sebaliknya, lihat di SINI apa elemen penting untuk bawa Uber.

Apapun, kalau tak cuba tak tahu. Kalau anda membaca artikel ini, memang anda ingin tahu dan berminat untuk menambah pendapatan anda dengan teknik ini. Nak tahu sama ada ianya sesuai dengan anda ataupun sebaliknya, boleh cuba untuk daftar dahulu, kalau sesuai boleh teruskan, kalau sebaliknya boleh berhenti,.

The post 6 Syarat Pemandu Uber – Andalah Orangnya appeared first on Myportal21.


via 6 Syarat Pemandu Uber – Andalah Orangnya

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates