Tuesday, November 28

Baju Pengawas Sekolah Rendah – Pilihan Murah dan Berbaloi

Dah tiba masa untuk anda mencari baju dan pakaian seragam sekolah kerana sesi persekolahan yang akan datang akan bermula tidak lama lagi. Sekarang ini, ada banyak pilihan kedai yang menawarkan banyak baju dan pakaian seragam sekolah di shopping mall ataupun di kedai-kedai berhampiran dan inilah masanya untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti ini.

Antara baranga yang ramai orang cari selain daripada baju sekolah adalah baju pengawas sekolah rendah ataupun menengah. Walaupun mudah didapati tetapi pakaian pengawas ini adakalanya berbeza diantara sekolah dan juga kalau dah masuk sekolah menengah tu, memang berbaza sekali apa yang ada. Oleh itu, penting untuk anda lihat dahulu apa yang ada di internet dan kalau memang itulah yang anda cari, akan lebih mudahlah untuk anda mendapatkan pelbagai pakaian pengawas sekolah.

Mana Nak Dapatkan Pakaian Pengawas Ini?

Nak dapatkan pakaian pengawas ini tidaklah susah dan salah satu caranya adalah untuk anda beli sahaja di kedai-kedai pakaian seragam sekolah yang berdekatan. Tetapi, sebelum cari pakaian seragam tu di kedai-kedai, baik survey dahulu apa yang ada di kedai-kedai online seperti di Lazada ini. Walaupun tidak jumpa pakaian seragam yang sesuai di Lazada, tetapi boleh je survey-survey dahulu pakaian terutama yang berkaitan dengan pengawas seperti kasut hitam, baju biru dan lain-lain lagi.

Apapun, boleh tengok dan survey dahulu beberapa harga barangan yang ada di bawah;

1 Pilihan Baju Pengawas Sek Rendah – KLIK SINI

2 Pilihan Baju & Uniform Sekolah – KLIK SINI

3 Pilihan Peralatan Persekolahan Lain – KLIK SINI

Sememangnya ada banyak pilihan yang anda boleh pilih untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti baju pengawas dan lain-lain lagi semua di kedai-kedai online ini. Apapun, ini sedikit tips untuk anda berdasarkan pengalaman saya sendiri menjadi pengawas di sekolah rendah dan menengah.

Pakaian Seragam Pengawas

Sekolah Rendah : Seluar hitam dan baju biru serta bertali leher. Tapi leher ini lebih mudah didapati di koperasi sekolah.

Sekolah Menengah : Ketika di sekolah harian, berbaju putih dan berseluar putih. Yang membezakan dengan pakaian pelajar lain adalah seluar putih, berkasut hitam dan bertali leher berbeza. Ini adalah antara pakaian seragam di sekolah menengah. Ketika saya memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ni, saya menggunakan seluar hitam dan berbaju biru. Apapun, ianya memang berbeza mengikut sekolah dan keadaan. Lebih baik anda pilih yang mana yang paling bersesuaian dengan apa yang anda dan anak anda perlukan.

Alatan Sekolah Yang Lain

Tiada masalah untuk anda membeli peralatan sekolah yang lain sempena dengan jualan akhir tahun ini. Daripada beg kepada alat tulis dan kasut, boleh survey dahulu apa yang ada di Lazada tu untuk tentukan yang mana yang paling sesuai dengan apa yang anda mahukan. Dari situ, boleh pilih yang mana yang terbaik untuk anda.

Juga, anda boleh ambil kesempatan ini untuk mendapatkan pelbagai barangan murah lain di Lazada seperti gadjet dan alatan elektrik lain untuk keperluan anda. Alang-alang dah dapat bonus tu, belilah barangan yang bermanfaat sikit untuk kegunaan dan keperluan bersama anda dan anak anda. Memang banyak deal-deal menari terutamanya kedai-kedai online untuk akhir tahun ini dan inilah masanya untuk anda mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga yang ada di pasaran sekarang.

Kepada anda yang cari baju dan pakaian pengawas tu, bolehlah dapatkan dan survey dahulu di kedai online ni, kalau kena dan sesuai dengan apa yang anda mahukan, boleh terus untuk membuat pembelian.

The post Baju Pengawas Sekolah Rendah – Pilihan Murah dan Berbaloi appeared first on Myportal21.


via Baju Pengawas Sekolah Rendah – Pilihan Murah dan Berbaloi

Share This!


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates